About Me

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
DOB:14 November... major: antropologi dan sosiologi

Tuesday, January 17, 2012

stress....???


pernah tak kalian rasa stress sangat2...? stress yang mbuatkaan korang rasa korang ni orang yang lembab, lambat dan tak berguna dalam dunia... rasa macam korang tak mampu nak buat apa2 sebagaimana yang  orang lain boleh buat... korang tengok je kawan2 korang, korang akan rasa rendah diri... hmmm masa ni korang akan rasa semangat korang hilang tak tahu ke mana... 

jika kalian tak pernah melaluinya.. aku pernah melaluinya.. sepanjang sem ni aku rasakan apa yang aku buat semuanya tak kena... tak tahu lah kenapa.. mungkin disebabkan terlalu banyak komitmen yang patut ku berikan.. masa semakin singkat untuk segalanya... tambah pula dengan kurangnya masa yang kuperuntukkan untuk menjalankan ibadah2 sunat dan usaha mendekatkan diri kepada Ilahi dek kerana alpa dan leka dengan hal duniawi... sebaliknya, bila aku stress aku cuba hilangkannya dengan menonton video, mendengar lagu dan sebagainya.. namun stress yang dialami tetap tak hilang malah kadangkala ku rasakan ianya semakin menyakitkan diri ini... bila dah terlalu lama tanpa ada jalan penyelesaian aku mula ras hampa, kecewa dan putus semangat seketika... sehinggakan aku mula demam2 dan hilang fokus pada setiaap apa yang aku lakukan...

namun.., aku bersyukur ke hadrat Ilahi.. kerana dengan keberkatan dan keredhaannya aku masih dapat menjalani kehidupan ku dengan baik.. petunjuk dan jalan mula dibentangkan kepadaku... kepercayaan perlahan2 mula hadir menenangkan fikiran dan diri.. zikir mula berlagu... pesanan dan nasihat dari ramai sahabat dan keluarga mula terngiang... ada seorang sahabat yang sangat membantu dalam meberikan ku jalan memulihkan diri dan semangat... biarlah ku namakan sahabat ku ini 'H'. 


walaupun pesanan dan nasihat yang diberikan itu secara tidak langsung namun nasihat ini lah yang ku ikuti sehingga kurasakan semangatku beransur-ansur pulih.. ku ingat lagi cerita dan nasihat yang disampaikan kepada adik2 di rumah anak2 yatim nurul ihsan suatu ketika kami menjalankan program di sana.. menurut sahabatku, dia bukan lah seorang yang bijak ketika di sekolah suatu ketika dahulu... kesibukan dalam ko-kurikulum sering membuatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran berkurang... namun atas sebab keyakinan dan usaha dan tawakkal yang dilakukan, sahabatku ini memperoleh peluang untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi...

ada satu rahsia yang dikongsi bersama... nak tahu apa...? sebenarnya sahabatku ini sering mengamalkan solat sunat dhuha... solat sunat dhuha dilakukan bagi memohon rezeki daripada Allah... mohon ketenangan dan kemudahan dalam menghadapi urusan hidup seharian... yaaa, aku pun mula melaksanakan solat sunat hajat dan tahajjud pada malam hari tersebut dan solat sunat dhuha di pagi harinya.. usahaku ini mula membuahkan hasil apabila keyakinan dan semangat ku mula hadir... hati ku lebih cekal... dan fikiran ku beransur tenang.... aku mula sedar.., hidayah itu milik Allah... jika Ia mengehendaki nescaya akan diberikan kepada setiap hambanya.. dan beruntunglah mereka yang menerima hidayah tersebut sebagaimana diriku.. aku mula merasai penghargaan dan kasih sayang hadir terhadap diri ini... 

Pemandangan di Pulau Pangkor ketika waktu senja
aku juga mula sedar betapa manusia sering alpa dan lupa kepada Allah apabila sibuk dengan hal2 berkaitan keduniaan... pengabaian berterusana ini akan membuatkan hati menjadi kosong dan fikiran menjadi sempit... keadaan inilah yang akan menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus yang baik terhadap urusan harian kita... astaghfirullah... mudah2an menjadi pengajaran dan pedoman kepada diri ku sendiri dan kalian yang membaca entry ini... oleh itu, marilah bersama2 kita sentiasa memberikan ingatan buat diri yang disayangi agar tidak lupa kepada kewajipan kita menjaga diri sama ada zahir dan batin... sama ada dari aspek fizikal, mental, emosi dan jiwa... mudah2an kita sentiasa berada dalam keberkatan dan kerehdaannya... amin...

satu lagi perkara yang kita boleh lakukan dalam menghindari perasaan kecewa dan sedih yang berpanjangan ialah dengan memaafkan diri kita.... kita mungkin tidak berpuas hati terhadap keputusan yang diperoleh daripada tindakan kita... malah kita mungkin merasa malu terhadap kelepasan tingkah laku kita pada masa lalu... namun kesemua ini tidak boleh kita benarkan menghantui kita sehingga kita merasa terseksa dengan penyesalan yang berpanjangan.. kita perlu memberikan kemaafan kepada diri dan sentiasa cuba memperbaiki kesilapan yang lepas.. cuba untuk tidak mengulanginya dan sentiasa positif dalam berfikir... mudah2an kelapangan dan ketengan sentiasa berada di samping kita.. insyaallah... 

sekian dahulu titipan ku pada hari ini... insyaallah kita akan bertemu kembali selepas ini..

Sunday, January 15, 2012

exam ohhhh exam... lepas tu..???



Tiba sahaja di penghujung semesta pasti ramai yang mula tidak senang duduk dan berdebar-debar.... ialah.., masa ni lah masing2 akan bertungkus-lumus sampai tak tidur untuk menghantar assignment masing2 sebelum due date yang telah ditetapkan oleh pensyarah... kemudian bila masuk 'study week' pula masing2 kebuntuan utk mula mbuat rivision subjek yg mana dahulu... maklumlah... exam dah nak dekat.. tapi ilmu di dada masih tak cukup lagi nakk jawab bagi super best punya kat dalam exam nanti... huhuuu.... so inilah kehidupan siswa-siswi kita pada hari ini... termasuklah aku.. hahaaa... =p

Sekarang ni aku dah berada pada tahap minggu terakhir peperiksaan.. yaaa tinggal  3 paper je lagi yang perlu dijawab dengan segala daya usaha yang ada dan tawakal kepada Allah... 3 paper sebelum ni dah pun terjawab dan hanya menanti keputusannya sahaja.. 'Bismillahhitawakkaltualallah... aku serahkan padamu ya Allah selepas segala usaha yang telah ku lakukan.. Aku mengharapkan yang terbaik dan semoga yang terbaik itu milikku... amin...' Ini lah doa yang sering dibaca oleh kita semua kan... sentiasa mengharapkan yang terbaik... baguslah kerana kita sentiasa positif dan optimis... kalau kita ada matlamat, insyaallah Allah akan sentiasa membantu yang kita.. keyakinan itu penting ye kawan2... ^_^

Jadi lepas habis je exam, semua akan balik ke rumah masing2.. bagi mereka yang akan melalui pengalaman bekerja dalam masa membuat praktikal nanti pasti banyak persiapan yang perlu dilakukan... mental dan fizikal.. semoga kalian yang terlibat dipermudahkan segala urusan kalian... amin.. :D

Aku pula tak ada latihan praktikal semesta ni.. jadinyew aku akan terlibat sekali lagi dalam kajian di Balik Pulau... sekali lagi sebagai pembantu pelajar dan aku berharap agar aku dapat menimba banyak lagi pengalaman dalam pekerjaan ini nanti... insyaallah... dan pastinya aku juga perlu bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yangakan hadir nanti... :)

hmmm, tapi sebelum tu aku nak balik rumah dulu lah masa cuti raya Cina ni... refresh segala fikiran dulu.. hahaa... ^_*







Sunday, June 12, 2011

Kerja oh kerja...

Sekarang ni mesti ramai kan kawan-kawan yang sedang bercuti di rumah masing-masing. Maklumlah, cuti sem pun 4 bulan. Sementara nak tunggu sidang baru bermula kami pun mengambil peluang yang ada untuk memanfaatkan cuti panjang kami ni. Apa je ya yang kami buat? Haa, kalau nak tahu kami sekarang ni sedang belajar sambil bekerja. Bekerja sambil belajar. Haahaa sama je laa tu kan... huhuu =P Dekat mana? Dekat USM je ni. Hehee...

Haa.., yang ni memang kawan sejati waktu nak buat kerja lah. Kalau tak ada, aku pun tak tahu lah aku nak buat macam mana. huhuu =p

Hmm... Bukan apa saja nak cari pengalaman kerja. Nak bina and nak kukuhkan keyakinan diri lagi. Sekarang lah masanya kalau kita nak tahu kemampuan diri kita kan. Nanti bila dah ada kat dalam dunia pekerjaan yang sebenar tak lah rasa tergagap-gagap pula kan. Hehee... Hmm... Memang banyak cabaran nya. Yang penting jangan stress sangat k. Juz enjoy with what we want to do... Kawan-kawan sekerja pun ada. Bekerjasamalah dengan baik. Kalau boleh cuba lah elakkan konflik daripada berlaku. Kalau jadi siapa yang pening? Kita juga lah... huhuuu ^_^

Kawan-kawan kita mestilah banyak ragamnya. Sebab semua orang kan berbeza. Cuba lah terima seadanya and berbaik-baik. Jangan ada konflik. Kalau ada cuba atasi dengan baik. Kawal emosi kita. Jangan sampai kerja-kerja kita terganggu disebabkan hal yang remeh-temeh ni ok... :)


Ada orang may be fikir 'ishh, jauh dari keluarga lah, time cuti-cuti ni lah kita nak bersama keluarga, nak rehatkan diri sepuas-puasnya, nak pergi melawat tempat-tempat menarik, nak buat macam-macamlah... kalau kerja tak best lah. Dah lah belajar pun jauh-jauh. Tak kan waktu cuti pun nak kerja jauh-jauh' 

Sambil-sambil tu merasa lah kan macam mana nak cari duit sendiri. Baru tahu senang ke susah mak ayah cari duit nak besarkan kita, nak bagi apa-apa yang kita minta. So bersyukurlah dengan nikmat yang kita miliki selama ni... Jangan dok complaint kat mak ayah kalau tak dapat apa yang diingini. Cuba laa usaha sendiri. Baru puas hati. Ye tak?

Hmmm... tu may be apa yang orang lain fikirkan... tapi lain pulak yang aku fikirkan. Cuti tak buat apa-apa kan bosan. Aku bukan jenis yang boleh cuti lama-lama. Kalau aku cuti lama-lama ada aku jadi lembab tak boleh fikir banyak. Hahaa... Kerja jauh-jauh pun tak apa lah. Dah ini peluang yang aku dapat. So, gunakanlah peluang yang ada ni sebaiknya. Orang kata peluang tak datang banyak kali tau.. Bukannya sibuk kerja sampai tak sempat nak gerak ke mana-mana. Ada je masa. Pandai-pandailah set up masa sendiri. Yang penting kerja selesai, kita tak pening kepala. 

Semua kerja akan menjadikan kita sibuk. Setakat ni aku tak dengar lagi lah orang kata kerja tu menjadikan masa kita free je... huhuuuu... =P
Kalau kot ya rindu kat rumah telefon lah family kita. Confirm lah ad rasa rindukan. Rindu kat mak ayah, kat adik beradik, kat kucing-kucing yang ada kat rumah. So, jangalah dok diam buat tak tau ja... Ada yang risau nanti. Hmmm, senang cakap nak hidup, pandai-pandailah. Yang penting bendanya betul, benda baik... Allah sentiasa tolong punya. Yakin!

Bila kerja kita kena laa buat betul-betul and siapkan sebelum waktu yang ditetapkan. Kena kejar masa juga laa kan... Memang bukan senang nak buat. Tapi bila dah siap mesti lega lah.


 Owh k... selamat bekerjalah semua kawan2ku... Sentiasa berdoa supaya setiap urusan yang kita nak buat dipermudahkan oleh Allah. Kalau ada apa-apa yang jadi jangan panik. Jangan putus asa, teruskan usaha. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Asam garam kehidupan. Setiap pengalaman yang dilalui tu kan ada makna yang tersendiri... ^_^


Wednesday, March 9, 2011

ingat..., ingat itu remember.... jangan lupa itu don't forget....

ingat-ingat itu remember....
jangan lupa itu don't forget....
alhamdulillah.... sehingga ke hari ini kita telah diberi kesempatan oleh Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam, sebuah kehidupan yang indah... walaupun penuh dengan liku-liku kehidupan tetapi kita sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan kita... tambah-tambah pula jika kita sering mohon kepada-Nya untuk diberikan kemudahan yang kita perlukan... namun kita lupa itu... maka ingat-ingat lah...


kita seringkali merasakan diri kita sentiasa dalam keadaan sukar... sering merasakan diri kita sentiasa kekurangan... adakalanya merasa lemah semangat... adakalanya rasa tidak disayangi.. adakalanya rasa dipinggirkan... adakalanya rasa letih.., penat dan pelbagai rasa lagi yang kita fikirkan sehingga membuatkan kita rasa sedih... tapi sebenarnya kita perlu ingat bukan kita tidak disayangi.., bukan kita dipinggirkan..., bukan kita dibiarkan sendirian..... Allah sentiasa ada disisi kita... jika kita mendekatkan diri kita kepada-Nya.. Dia akan lebih dekat lagi dengan kita..... Dia tidak akan membiarkan kita terus bersedih... tidak akan membiarkan kita terus letih, penat dan layu... sebaliknya akan diberikan kepada kita satu nikmat hidup yang sangat berharga jika kita meredhainya... sebuah kebahagian dan kejayaan dimasa hadapan bagi setiap usaha yang kita laksanakan dan ujian yang kita tempuhi... tapi kita lupa itu...maka ingat-ingat lah...
                                                                                                               kita sering meminta kepada Allah untuk diberikan yang terbaik dalam hidup... tapi kita lupa untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang telah diberikan oleh-Nya... kita tidak pernah puas dengan setiap perkara yang kita miliki... jika boleh kita ingin mendapat lebih... lebih baik.. lebih banyak dari orang lain... adakalanya perasaan iri hati muncul... jelous katanyew... tapi sedarkah kita bahawa ditempat lain ada lagi manusia yang mendapat serba kekurangan daripada kita...??? tapi mereka mampu meneruskan hidup dengan tabah dan kuat... sebaliknya kita jika ditarik sedikit sahaja nikmat yang kita miliki, kita akan terus mengeluh... kita akan mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi... kita tidak akan senang dengan ujian ini... sedangkan dahulu..., ketika dalam keadaan senang kita sering lalai dan leka dengan nikmat itu... mengapa..??? tidak bersyukurkah kita...??? lupakah kita kepada Tuhan yg memberikan nikmat...??? yaaaa... kita lupa itu... maka ingat-ingat lah...

kita suka berkata-kata... kita suka apabila orang lain mendengar butir bicara kita... kita suka apabila ada insan yang mengikut kata kita... tapi sejauh manakah butir bicara kita mampu didengari oleh orang lain...??? sejauh manakah kata-kata kita benar untuk diikuti...??? kita lupa untuk memikirkannya... maka ingat-ingat lah...

adakalanya kita tidak mahu mendengar butir bicara insan lain..., adakalanya kita tidak mahu memahami perkara yang disampaikan oleh orang lain... dan adakalanya kita tidak mengikut kata yang benar dari insan lain... mengapa...??? egokah kita...??? mementingkan diri kah kita..??? ayuh..., fikir-fikirkanlah... ^_*

ingat-ingat itu remember....
jangan lupa itu don't forget...




Tuesday, March 8, 2011

I love cats...

[arie nie saja jew nak show pic2 meowww2 family yg aku daa kumpul daripada internet... comel2... heheeeee kalo nak taw nie laaa salah satu bendew yang aku suka buat bila time aku x dew kejew... atau saja2 cari kejew... hahaaaaaaaaa ^_^]
                                                


artikal nie aku copy n paste daripada wikipedia... untuk perkongsian maklumat tentang kucing.... sapew2 yang suka kucing boleh laaa membacanya... yang x minat pown x pew... baca untuk tambah pengetahuan... mana laaa taw dari x minat jadi minat kan... heheeeee..... pown boleehhhh..... jadikan membaca budaya kita.... ^_^


Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


                                                                                                                                                        
 
Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.


Maklumat daripada: 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing

                                                                                                                                                                  
                                                                                                                                                                   


Monday, March 7, 2011

Satu Permulaan...

Bismillahirrahmannirrahim....

kenapa kucing...??? sebab... saya memang peminat dan pencinta kucing... kucing haiwan yang sangat comel... boleh menenangkan fikiran..., membuat saya rasa gembira dan dapat melupakan masalah... kalo ada masalah yang saya tak boleh nak bagi taw sesiapa... saya boleh cakap gan kucing... kalo owang nampak may be ada yang cakap saya gilew... tapi kucing nie macam memahamilah... kenapa saya kata begitu.. sebab saya memang ada banyak kucing n saya faham tindakan mereka walaupown owang lain x faham... hahaaaaaaaa ^_^  

Salam ukhwah... salam perkenalan... salam untuk semua...


Permulaan ini hanyalah permulaan yang biasa... namun tanpa permulaan kita tidak akan tahu arah tuju dan destinasi yang kita boleh sampai... yang boleh kita capai... ku teruskan langkah ini kerana setiap langkah ialah langkah yang telah ku pilih...
aku hanya insan biasa yang sedang mencuba sedaya upaya ku untuk terus melangkah ke setiap destinasi yang ingin ku tuju... ku tahu bukan sesuatu yang mudah... namun kita sedia maklum.., setiap destinasi.., setiap arah tuju pasti ada jalan yang boleh dilalui... yang menghalang hanyalah rasa was2 kita... rasa takut dan gentar yang tidak berasas sedangkan kita tidak cuba untuk melaluinya lagi... perlu kita tanya pada diri kenapa perlu takut..??? bukankah kita sentiasa dilihat oleh Sang Pencipta Alam... terus saja minta pertolongan dari-Nya... semoga dipermudahkan setiap jalan yang ingin kita lalui... yakin lah pada diri.., yakin lah pada Sang Pencipta yang akan sentiasa membantu... insyaallah.. rasa takut itu mampu kita harungi dengan mudah...  ^_^