About Me

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
DOB:14 November... major: antropologi dan sosiologi

Sunday, June 12, 2011

Kerja oh kerja...

Sekarang ni mesti ramai kan kawan-kawan yang sedang bercuti di rumah masing-masing. Maklumlah, cuti sem pun 4 bulan. Sementara nak tunggu sidang baru bermula kami pun mengambil peluang yang ada untuk memanfaatkan cuti panjang kami ni. Apa je ya yang kami buat? Haa, kalau nak tahu kami sekarang ni sedang belajar sambil bekerja. Bekerja sambil belajar. Haahaa sama je laa tu kan... huhuu =P Dekat mana? Dekat USM je ni. Hehee...

Haa.., yang ni memang kawan sejati waktu nak buat kerja lah. Kalau tak ada, aku pun tak tahu lah aku nak buat macam mana. huhuu =p

Hmm... Bukan apa saja nak cari pengalaman kerja. Nak bina and nak kukuhkan keyakinan diri lagi. Sekarang lah masanya kalau kita nak tahu kemampuan diri kita kan. Nanti bila dah ada kat dalam dunia pekerjaan yang sebenar tak lah rasa tergagap-gagap pula kan. Hehee... Hmm... Memang banyak cabaran nya. Yang penting jangan stress sangat k. Juz enjoy with what we want to do... Kawan-kawan sekerja pun ada. Bekerjasamalah dengan baik. Kalau boleh cuba lah elakkan konflik daripada berlaku. Kalau jadi siapa yang pening? Kita juga lah... huhuuu ^_^

Kawan-kawan kita mestilah banyak ragamnya. Sebab semua orang kan berbeza. Cuba lah terima seadanya and berbaik-baik. Jangan ada konflik. Kalau ada cuba atasi dengan baik. Kawal emosi kita. Jangan sampai kerja-kerja kita terganggu disebabkan hal yang remeh-temeh ni ok... :)


Ada orang may be fikir 'ishh, jauh dari keluarga lah, time cuti-cuti ni lah kita nak bersama keluarga, nak rehatkan diri sepuas-puasnya, nak pergi melawat tempat-tempat menarik, nak buat macam-macamlah... kalau kerja tak best lah. Dah lah belajar pun jauh-jauh. Tak kan waktu cuti pun nak kerja jauh-jauh' 

Sambil-sambil tu merasa lah kan macam mana nak cari duit sendiri. Baru tahu senang ke susah mak ayah cari duit nak besarkan kita, nak bagi apa-apa yang kita minta. So bersyukurlah dengan nikmat yang kita miliki selama ni... Jangan dok complaint kat mak ayah kalau tak dapat apa yang diingini. Cuba laa usaha sendiri. Baru puas hati. Ye tak?

Hmmm... tu may be apa yang orang lain fikirkan... tapi lain pulak yang aku fikirkan. Cuti tak buat apa-apa kan bosan. Aku bukan jenis yang boleh cuti lama-lama. Kalau aku cuti lama-lama ada aku jadi lembab tak boleh fikir banyak. Hahaa... Kerja jauh-jauh pun tak apa lah. Dah ini peluang yang aku dapat. So, gunakanlah peluang yang ada ni sebaiknya. Orang kata peluang tak datang banyak kali tau.. Bukannya sibuk kerja sampai tak sempat nak gerak ke mana-mana. Ada je masa. Pandai-pandailah set up masa sendiri. Yang penting kerja selesai, kita tak pening kepala. 

Semua kerja akan menjadikan kita sibuk. Setakat ni aku tak dengar lagi lah orang kata kerja tu menjadikan masa kita free je... huhuuuu... =P
Kalau kot ya rindu kat rumah telefon lah family kita. Confirm lah ad rasa rindukan. Rindu kat mak ayah, kat adik beradik, kat kucing-kucing yang ada kat rumah. So, jangalah dok diam buat tak tau ja... Ada yang risau nanti. Hmmm, senang cakap nak hidup, pandai-pandailah. Yang penting bendanya betul, benda baik... Allah sentiasa tolong punya. Yakin!

Bila kerja kita kena laa buat betul-betul and siapkan sebelum waktu yang ditetapkan. Kena kejar masa juga laa kan... Memang bukan senang nak buat. Tapi bila dah siap mesti lega lah.


 Owh k... selamat bekerjalah semua kawan2ku... Sentiasa berdoa supaya setiap urusan yang kita nak buat dipermudahkan oleh Allah. Kalau ada apa-apa yang jadi jangan panik. Jangan putus asa, teruskan usaha. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Asam garam kehidupan. Setiap pengalaman yang dilalui tu kan ada makna yang tersendiri... ^_^