About Me

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
DOB:14 November... major: antropologi dan sosiologi

Tuesday, January 17, 2012

stress....???


pernah tak kalian rasa stress sangat2...? stress yang mbuatkaan korang rasa korang ni orang yang lembab, lambat dan tak berguna dalam dunia... rasa macam korang tak mampu nak buat apa2 sebagaimana yang  orang lain boleh buat... korang tengok je kawan2 korang, korang akan rasa rendah diri... hmmm masa ni korang akan rasa semangat korang hilang tak tahu ke mana... 

jika kalian tak pernah melaluinya.. aku pernah melaluinya.. sepanjang sem ni aku rasakan apa yang aku buat semuanya tak kena... tak tahu lah kenapa.. mungkin disebabkan terlalu banyak komitmen yang patut ku berikan.. masa semakin singkat untuk segalanya... tambah pula dengan kurangnya masa yang kuperuntukkan untuk menjalankan ibadah2 sunat dan usaha mendekatkan diri kepada Ilahi dek kerana alpa dan leka dengan hal duniawi... sebaliknya, bila aku stress aku cuba hilangkannya dengan menonton video, mendengar lagu dan sebagainya.. namun stress yang dialami tetap tak hilang malah kadangkala ku rasakan ianya semakin menyakitkan diri ini... bila dah terlalu lama tanpa ada jalan penyelesaian aku mula ras hampa, kecewa dan putus semangat seketika... sehinggakan aku mula demam2 dan hilang fokus pada setiaap apa yang aku lakukan...

namun.., aku bersyukur ke hadrat Ilahi.. kerana dengan keberkatan dan keredhaannya aku masih dapat menjalani kehidupan ku dengan baik.. petunjuk dan jalan mula dibentangkan kepadaku... kepercayaan perlahan2 mula hadir menenangkan fikiran dan diri.. zikir mula berlagu... pesanan dan nasihat dari ramai sahabat dan keluarga mula terngiang... ada seorang sahabat yang sangat membantu dalam meberikan ku jalan memulihkan diri dan semangat... biarlah ku namakan sahabat ku ini 'H'. 


walaupun pesanan dan nasihat yang diberikan itu secara tidak langsung namun nasihat ini lah yang ku ikuti sehingga kurasakan semangatku beransur-ansur pulih.. ku ingat lagi cerita dan nasihat yang disampaikan kepada adik2 di rumah anak2 yatim nurul ihsan suatu ketika kami menjalankan program di sana.. menurut sahabatku, dia bukan lah seorang yang bijak ketika di sekolah suatu ketika dahulu... kesibukan dalam ko-kurikulum sering membuatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran berkurang... namun atas sebab keyakinan dan usaha dan tawakkal yang dilakukan, sahabatku ini memperoleh peluang untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi...

ada satu rahsia yang dikongsi bersama... nak tahu apa...? sebenarnya sahabatku ini sering mengamalkan solat sunat dhuha... solat sunat dhuha dilakukan bagi memohon rezeki daripada Allah... mohon ketenangan dan kemudahan dalam menghadapi urusan hidup seharian... yaaa, aku pun mula melaksanakan solat sunat hajat dan tahajjud pada malam hari tersebut dan solat sunat dhuha di pagi harinya.. usahaku ini mula membuahkan hasil apabila keyakinan dan semangat ku mula hadir... hati ku lebih cekal... dan fikiran ku beransur tenang.... aku mula sedar.., hidayah itu milik Allah... jika Ia mengehendaki nescaya akan diberikan kepada setiap hambanya.. dan beruntunglah mereka yang menerima hidayah tersebut sebagaimana diriku.. aku mula merasai penghargaan dan kasih sayang hadir terhadap diri ini... 

Pemandangan di Pulau Pangkor ketika waktu senja
aku juga mula sedar betapa manusia sering alpa dan lupa kepada Allah apabila sibuk dengan hal2 berkaitan keduniaan... pengabaian berterusana ini akan membuatkan hati menjadi kosong dan fikiran menjadi sempit... keadaan inilah yang akan menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus yang baik terhadap urusan harian kita... astaghfirullah... mudah2an menjadi pengajaran dan pedoman kepada diri ku sendiri dan kalian yang membaca entry ini... oleh itu, marilah bersama2 kita sentiasa memberikan ingatan buat diri yang disayangi agar tidak lupa kepada kewajipan kita menjaga diri sama ada zahir dan batin... sama ada dari aspek fizikal, mental, emosi dan jiwa... mudah2an kita sentiasa berada dalam keberkatan dan kerehdaannya... amin...

satu lagi perkara yang kita boleh lakukan dalam menghindari perasaan kecewa dan sedih yang berpanjangan ialah dengan memaafkan diri kita.... kita mungkin tidak berpuas hati terhadap keputusan yang diperoleh daripada tindakan kita... malah kita mungkin merasa malu terhadap kelepasan tingkah laku kita pada masa lalu... namun kesemua ini tidak boleh kita benarkan menghantui kita sehingga kita merasa terseksa dengan penyesalan yang berpanjangan.. kita perlu memberikan kemaafan kepada diri dan sentiasa cuba memperbaiki kesilapan yang lepas.. cuba untuk tidak mengulanginya dan sentiasa positif dalam berfikir... mudah2an kelapangan dan ketengan sentiasa berada di samping kita.. insyaallah... 

sekian dahulu titipan ku pada hari ini... insyaallah kita akan bertemu kembali selepas ini..

Sunday, January 15, 2012

exam ohhhh exam... lepas tu..???



Tiba sahaja di penghujung semesta pasti ramai yang mula tidak senang duduk dan berdebar-debar.... ialah.., masa ni lah masing2 akan bertungkus-lumus sampai tak tidur untuk menghantar assignment masing2 sebelum due date yang telah ditetapkan oleh pensyarah... kemudian bila masuk 'study week' pula masing2 kebuntuan utk mula mbuat rivision subjek yg mana dahulu... maklumlah... exam dah nak dekat.. tapi ilmu di dada masih tak cukup lagi nakk jawab bagi super best punya kat dalam exam nanti... huhuuu.... so inilah kehidupan siswa-siswi kita pada hari ini... termasuklah aku.. hahaaa... =p

Sekarang ni aku dah berada pada tahap minggu terakhir peperiksaan.. yaaa tinggal  3 paper je lagi yang perlu dijawab dengan segala daya usaha yang ada dan tawakal kepada Allah... 3 paper sebelum ni dah pun terjawab dan hanya menanti keputusannya sahaja.. 'Bismillahhitawakkaltualallah... aku serahkan padamu ya Allah selepas segala usaha yang telah ku lakukan.. Aku mengharapkan yang terbaik dan semoga yang terbaik itu milikku... amin...' Ini lah doa yang sering dibaca oleh kita semua kan... sentiasa mengharapkan yang terbaik... baguslah kerana kita sentiasa positif dan optimis... kalau kita ada matlamat, insyaallah Allah akan sentiasa membantu yang kita.. keyakinan itu penting ye kawan2... ^_^

Jadi lepas habis je exam, semua akan balik ke rumah masing2.. bagi mereka yang akan melalui pengalaman bekerja dalam masa membuat praktikal nanti pasti banyak persiapan yang perlu dilakukan... mental dan fizikal.. semoga kalian yang terlibat dipermudahkan segala urusan kalian... amin.. :D

Aku pula tak ada latihan praktikal semesta ni.. jadinyew aku akan terlibat sekali lagi dalam kajian di Balik Pulau... sekali lagi sebagai pembantu pelajar dan aku berharap agar aku dapat menimba banyak lagi pengalaman dalam pekerjaan ini nanti... insyaallah... dan pastinya aku juga perlu bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yangakan hadir nanti... :)

hmmm, tapi sebelum tu aku nak balik rumah dulu lah masa cuti raya Cina ni... refresh segala fikiran dulu.. hahaa... ^_*