About Me

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
DOB:14 November... major: antropologi dan sosiologi

Sunday, January 15, 2012

exam ohhhh exam... lepas tu..???



Tiba sahaja di penghujung semesta pasti ramai yang mula tidak senang duduk dan berdebar-debar.... ialah.., masa ni lah masing2 akan bertungkus-lumus sampai tak tidur untuk menghantar assignment masing2 sebelum due date yang telah ditetapkan oleh pensyarah... kemudian bila masuk 'study week' pula masing2 kebuntuan utk mula mbuat rivision subjek yg mana dahulu... maklumlah... exam dah nak dekat.. tapi ilmu di dada masih tak cukup lagi nakk jawab bagi super best punya kat dalam exam nanti... huhuuu.... so inilah kehidupan siswa-siswi kita pada hari ini... termasuklah aku.. hahaaa... =p

Sekarang ni aku dah berada pada tahap minggu terakhir peperiksaan.. yaaa tinggal  3 paper je lagi yang perlu dijawab dengan segala daya usaha yang ada dan tawakal kepada Allah... 3 paper sebelum ni dah pun terjawab dan hanya menanti keputusannya sahaja.. 'Bismillahhitawakkaltualallah... aku serahkan padamu ya Allah selepas segala usaha yang telah ku lakukan.. Aku mengharapkan yang terbaik dan semoga yang terbaik itu milikku... amin...' Ini lah doa yang sering dibaca oleh kita semua kan... sentiasa mengharapkan yang terbaik... baguslah kerana kita sentiasa positif dan optimis... kalau kita ada matlamat, insyaallah Allah akan sentiasa membantu yang kita.. keyakinan itu penting ye kawan2... ^_^

Jadi lepas habis je exam, semua akan balik ke rumah masing2.. bagi mereka yang akan melalui pengalaman bekerja dalam masa membuat praktikal nanti pasti banyak persiapan yang perlu dilakukan... mental dan fizikal.. semoga kalian yang terlibat dipermudahkan segala urusan kalian... amin.. :D

Aku pula tak ada latihan praktikal semesta ni.. jadinyew aku akan terlibat sekali lagi dalam kajian di Balik Pulau... sekali lagi sebagai pembantu pelajar dan aku berharap agar aku dapat menimba banyak lagi pengalaman dalam pekerjaan ini nanti... insyaallah... dan pastinya aku juga perlu bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yangakan hadir nanti... :)

hmmm, tapi sebelum tu aku nak balik rumah dulu lah masa cuti raya Cina ni... refresh segala fikiran dulu.. hahaa... ^_*







No comments:

Post a Comment